BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

Status Single Berubah Tanpa Kita Sedar


Salam..pagi ni macam biasa tak banyak berubah.Cuaca masih mendung.Dah dua hari keadaan macam ni.Kalau cuaca macam ni tido mesti tak ingat dunia kan..tambah2 korang korang korang.Aku bek sikit (walhal aku sama dengan ja)
Sebagai mukadimah aku saja la nak kongsi2 dengan korang semua pasal sesuatu perkara yang jadi kat kita tanpa kita sedar.Mungkin ada yang dah tahu tapi aku percaya ramai lagi yang tak tahu.Ambil perhatian yer TERUTAMA buat sesiapa yang sekarang ni dah punya calon pilihan hati (wah..ayat..aku).Excatly benda ni aku terbaca dalam satu laman web ni (I LUV ISLAM)lalu aku pun copy paste untuk korang suma baca (kalau korang rajin baca la).Orang kata kita xleh kedekut ilmu huahuahua.Jadi meh sini aku nk kongsi ngan korang.
INI PERKARA YANG DAH JADI TANPA
KITA SEDAR !!!!
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini


Macam kenal jer tangan tapi dimana yerr???suspend n think sebentar

Renung-renungkan dan selamat beramal..
bye..bye



4 comments:

misztickusz said...

setuju sgt. ramai sgt dh kapel skang buat macam tuh, budak skolah pon ada. n ade jugak yg blom brtunang mngaku brtunang sana cni, mcm mana tu? hurmmm . . .

Mrs azrul said...

nk tahu knp ramai couple wat cm tu sebabnya nk jd tung org ni mudh ja xperlu wali pun.sekali soalan besrta jwpn setuju ka nk ka mahu ka terus dh jd tunang.Sebab tu bdk sekolah pun blh wat lgipun bnyk yg xtau tentang syart sh tunang.syarat sah nikah dah ramai yg tau.lgi satu tentg yg ramai blom tung tp ngaku tunang pada pndpt aku la kn prkra ni seolah normal itu hak individu dlm relationship masing2.lgipun cuba kita wat perincian yg btul sebenarnya dah ramai xtahu kata mereka ni dah jadi tunang yg sah dri segi agama.

Lelaki Ini said...

alamak..
takut juga cmtue!

Mrs azrul said...

kalau takut kena hati2 dan kalau dh betul2 sedia xpa..org angp tung men2 xpnting mcm nikh tp tunang pun sama pntg dgn nikah..cuma bezanya tunang still ada batas