BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 11, 2011

11 MaRCh 2011...LaGi sEbUlAn..NaK sAmPaI 11 ApRil 2011..enTah Jadi EnTah TiDak


SeLaMaT UlAnG BuLaNan...
SeLamAt UlAng BuLanAn..
SeLaMaT ULaNg BuLaNan,,
To...SoMeOnE ThAt i LoVe..
SeCrETe....
He's AlL oF My LiFe..
May Allah Bless You.....
M... ..R.. .I. .H..B

Saturday, March 5, 2011

Apabila Snap Dalam Tandas!!!!!

Wow..wow..wes..kita jumpa lagi dalam alam maya buat kedua kalinya dalam satu hari.excatly aku nih teramatlah bowink.Kali aku nak cita kat korang tentang tandas.Apalah aku ni kan tak dak entry len ka nak tulis pasal tandas pula dijadikan cita ish..ish..Biar ar...asyik-asyik korang dok dengar cita pasal tempat-tempat menarik lah apalah .Jadi sekarang biar aku cita kat korang pasal tandas pula.
Korang tau x bertapa pentingya tandas pada diri kita.tak kisah la kat mana pun kita berada sekurang-kurangnya tempat yang kita pergi atau tinggal mesti kena ada tandas.Kalau tak dak alamatnya habislah nasib korang korang n korang muahamuaaha.
Kat Malaysia ni aku tau memang banyak siot tandas cuma yang aku peliknya x pernah nak jaga kebersihan tandas.Lagi satu kebanyakn tandas la ni especially tandas awam semuanya dah berbayar daripada 20 sen sekarang dah naik jadi 30 sen.Semua tandas awam ada orang jaga yang aku hairanya tandas still kotor.Aku x salahkan mak cik atau pak cik yang tolong bersihkan tandas pada aku pekerjaan yang mereka lakukan tuh dah cukup mulia.Kerja yang pak cik dan mak cik lakukan tuh xsemua orang sanggup lakukan jadik aku memang respec dan berterima kasih sangat pada orang yang bekerja menjaga kebersihan tandas awam.Cuma persoalanya sekarang diri kita.Masih ada lagi antara korang korang korang yang still x tahu nak jaga kebersihan tandas awam.eeeeeee geram aku dibuatnya.Tandas tu sama2 nak guna jadi sama2 lah jaga kebersihan.Tahu pun...bila tandas kotor korang geli nak gunakan...tapi kita tak sedar yang buat tandas tu kotor adalah diri kita sendiri..Jadi korang korang dan aku sendiri sama-samalah kita jaga kebersihan tandas awam.
Bila tandas bersih korang nak guna pun korang rasa selesa...kan..kan...renung-renungkan dan selamt beramal.
Bila tandas bersih snap gambar pun rasa best ja..tandas pun boleh jadi tempat photoshoot tau kalau bersih dan cantik muaahahhaa. ni..tak.asyik g tangkap kat taman..jer..

Jagalah kebersihan tandas awam...tengok siap boleh promote g tandas

Hidupku Kini Perlukan Sesuatu untuk Bergantung

Assalamualaikum..
apa khabar korang semua cihat ka tak sihat?Kalau rasa x berapa sihat tu cepat2 lah g jumpa doktor.Zaman la ni sakit bukan kira baby,kanak2,remaja,dewasa atau orang tua.Senua orang boleh dapat sakit..itulah qodo dan qadar yang perlu kita terima.Yang ajaibnya sakit ni kadang-kadang kita tak tau pun yang kita ni sakit.Tup tup bila g check barulah tau kata kita ni sakit.So kalau demam ka selsema ka walaupun cikit cepat2 lah g check.Kita cuma ambik langkah berjaga-jaga.
Ada setengah orang dia rasa diri dia sihat wal lepat liat tapi rupanya bila medical check up baru tau kata ada penyakit.Itulah zaman sekarangkan banyak penyakit yang sukar di kesan daripada awal.Jadi berhati-hatilah sekarang.Bila dah sakit rasa tak syiok ja kan hidup ni.Dah la kena makan ubat pastu makanan sedap2 tak leh makan,kena wat pemeriksaan lanjutan.Huish.....parah macam tuh.Rasa macam hidup xselesa pun ada aihhh macam-macam.Tambah orang macam aku..aku ni bab2 ubat bab2 pantang larang n jumpa doktor aku lah yang paling lembab+malas+tak suka=benci.Kalau semua pesakit jenis cam aku habis la semua penyakit tak sembuh.Harap-harap la korang tak macam aku dan jangan ekot cara aku.
Kalo korang ikot korang pun xpasal2 jadik cm aku....

Nah ambik ko yana kan tak pasal-pasal sekarang ko dah dipaksa makan ubat.Makan lah ko sampai bila-bila

Tudia..korang tengok apa yang terpampang kat label ubat tu..alamak tempat bergantung aku yang baru PERINACE..

p/s : Jaga pemakanan,senaman ti jadi macam aku habislah...seumur hidup kena bergantung pada ubat

Nak Shawl Longgar ker Atau Loose Shawl (BM=BI)..tutorial

Assalamualaikum abang akak adik suami isteri cik puan encik saudara saudari sekalian..Dah lewat malam ni kenapa la korang korang semua ni tak tidur-tidur lagi? lewat ni..Tapi tak apalah kalau korang x ngantok lagi apa kata korang baca entry terbaru aku ni.Excatly aku bowink tak tau nak wat apa sebab tu aku nk wat entry baru kat blog ni.Mula-mula aku tak dak idea nak tulis apa malam-malam buta mcm ni.Tapi tetiba ja aku teringat nak tulis n tunjuk sikit cara shawl terbaru ala ala Hana Tajima.Kejap..kejap sebelum aku terlupa entry ni semua lapisan umur boleh baca yer termasuklah kaum lelaki.manalah tau korang boleh tunjukan kat makwe korang cara-cara pakai shawl muahamuaha.
Tadi mukadimah sekarang aku baru nak start.Korang taukan sekarang kegilaan remaja perempuan sekarang adalah rangkaian shawl.Macam2 gaya aku tengok sekrang ni belit sana belit sini siap ada ribben dan aksesori wah..memang very nice aku tengok.Yer la zaman dah berubah dunia dah maju (ada kaitan ker..lantaklah).Tapi serious aku gtau memang sangat cantik.Aku ni jugak salah satu peminat selendang tau..memang gilah lah aku tengok sekrang banyak selendang yang mcm2 warna dan bentuk
La ni meh aku nak tunjuk kat korang cara2 nak pakai selendang yang terbaru.Selendang ni nama diberi LOOSE SHAWL..ala ala2 Hana Tajima tue..cute jer aku tengok si Hana Tajima pakai lalu aku pun mencubalah untuk jadi cute macam dia,....(padahal aku tau jauh beza muahmauhaha)..Jom tak yah nak tunggu meh aku tunjuk apa yang korang perlukan untuk buat shawl longgar ni.Tak salahkan kongsi ilmu??kan..kan


Bahan-bahan :
1) Sehelai selendang (macam mana pun tak pa terpulang pada korang)
2) Inner syria (tak kisah la warna apa pun..anak tudung biasa pun boleh)
3) 1@ 2 jarum peniti dan 1 Kerongsang (ikut keselesaan)

Jom ekot langkah2 aku pakai loose shawl yang x berapa nk cantik mcam hana tajima..

step 1 : korang pakai inner / anak tudung.Then korang letakkan selendang atas kepala macam biasa.Pastikan sebelah pendek dan sebelah panjang.Bezanya kali ni korang jangan pin dihadapan mcam selalu korang pakai selendang tapi korang pinkan dibelakang.(amaran!!!kalau boleh korang pin kan sekali dengan inner supaya shawl lebih kemas dan tak lari sana sini.

step 2 : Korang perbetul lah inner dengan shawl korang supaya tutup telinga korang yang cantik tu

step 4 : Dan daripada tepi tempat korang perbaiki tadi supaya x nampak telinga tu..korang ambik bahagian tepi selendang yang pendek then korang tarik selendang bhagian pendek  tu melalui dagu korang hingga ke sisi telinga dan korang pin kan.Up to you sama ada nak guna jarum atau kerongsang better guna kerongsang kot sebab lebih kemas n ketat.(amaran!!kalo selendang pendek dok bahagian kanan korang tarik kebahagian kiri dan begitu sebaliknya).

step 5 : Langkah seterusnya korang tarik yang sebelah panjang pula juga melalui dagu kebahagian atas kepala
(sama seperti yang pendek tadi jika yang bhgian pnjang disebelah kiri korang tarikkan ke sebelah kanan)

step 6 : lepas korang dah tarik yang bhagian panjang ke atas kepala korang longgarkan..kalau korang ketatkan tak jadi la loose shawl.Then ambik jarum peniti pin kan kat atas kepala supaya kemas.kalau korang nampak ada yang berserabut korang kemaskanlah supaya nampak lebih rapi.

step 7 : jeng...jeng inilah hasilnya korang boleh pakai ni g jalan2 heheheheehhe

oklah...ni ja aku nk kongsi dengan korang suma...adoi,,,dah ngantuk rasanya aku tido dulu esok kelas pukoi 8 pagi..Da,,....selamat mencuba....





Friday, February 25, 2011

Cinta Si Pokok Muda

Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..merealisasikan hasrat kerajaan hehehe.Yeah..malam ni bersua lagi di alam maya yang memang best...sambil2 menghilangkan bosan aku.Esok aku dah nak balik umah ketiga aku hahahah mana lagi pekan Sintok la.Erm..bergelumang lah aku ngan exam lepas ni.Erm..dup dap dup dap..buku tak baca lagi..study erm..lagilah..assigment banyak lagi dok menanti..wargh...wargh....bangun yana...bangun..bluekkk.
Sementara aku balik umah ni boleh la aku dok kemas kini aku punya blog.Nanti dah balik U susah la aku nak kemas kini danletak entry-entry baru kat blog ni biar sentiasa segar macam sayur-sayur kat cameron higlands huauahuaua.
Sedang dok kemas kini blog aku ni tetiba aku teringat nak tulis satu entry tentang Cinta Si Pokok Muda..Apa la yang aku dok merepek pasal cinta pokok muda pulak dah..kan..mesti korang korang tertanya tanya.Aku ni memang suka buat korang tertanya tanya ni..jahatkan aku..Korang jangan tak tahu pokok pun bercinta tau cuma kita tak dengar ja pokok melafazkan perkataan I LOVE YOU.Cuba kalau pokok-pokok boleh cakap I LOVE YOU...SAYA CINTAKAN AWAK...SAYA SAYANGKAN AWAK..ala mcam manusia melafazkan perasaan pada insan yang di sayangi...pasti dunia ni penuh dengan ucapan sayang kan...
Cinta si pokok muda ni aku ibaratkan lebih kurang macam cinta aku dan korang korang semua la..Indahkan saat2 macam ni bila dah kenal erti cinta dan matang dalam bercinta.??Aku ingat lagi dulu masa zaman kecik2 dulu alamak apa orang panggil cinta monyet..hehee ingat lagi waktu tu bila kawan yang kita dok gaduh dok bertengkar rupanya boleh bertukar rasa suka hehehehe...bila nak jumpa tulis surat teringat lagi tukar-tukar gambar..dan yang paling tak boleh lupa dulu kan tak dak handfon lagi jadi telefon rumah la jadik mangsa.Cakap pun kena sembunyi2...takut kantoi dengan family ya la..orang suruh p sekolah tapi p bercinta..huahuaa..aku kecik2 dah gatai..tapi itu dulu la..zaman cinta monyet..ala aku tau korang pun mesti pernah ada cinta monyet kan kan kan..
Tapi knta bila dewasa...wahhh cam lagu ella pulak...erm...mesti la dah matangkan bab2 cinta ni walaupun kengkadang aku ni tak matang lagipun dalam bab cinta hehehe..namun bila di renungkan kadang2 pengalaman lampau itulah yang akan membuatkan kita lebih matang terutama soal-soal macam ni.
Okeyhlah..aku rasa idea aku yang mencurah ke ladang gandum ni sampai sini jer lah..nanti bila ada entry2 terbaru yang aku rasa nak kongsi dengan korang korang dan korang semua aku postkan kat alam maya aku nih..

Cinta Si Pokok Muda?? huauauhuahuahau ayat sempoi punya..

Wednesday, February 23, 2011

International Business Student Syiokkk...Happy Life

Assalamualaikum.Apa khabar you all semua..Macam mana korang melalui keadaan ari ni??Aku tau korang korang semua very the sporting person.Anyway aku ni tengah dok bersiap-siap nak pulang ke kampung halaman nun jauh beribu batu (padahal 45 minit ja pun dari u aku huauauaaa).Bukan apa rindu kat family aku n adik-adik aku.Dah la..sat g x pasal2 aku xsempat tulis entry ni bagi habis aku dah terus balik umah.
Meh sini aku nak cita cikit kehidupan aku kat u ni.Korang mesti x tau kan aku kat u ni ambik kos apa..(ala tapi mesti korang xnak tau kan kan kan.Tapi aku x kisah sebab mungkin ada yang nak tahu hehehe.Excatly aku ni ambik kos Bachelor of International Business....(lepas ni kawan dengan Obama la aku hahahaa).Mula-mula aku x suka course ni sebab aku tau course ni mesti ada kira-kira.Aku ni paling x suka dengan numbor..sejak azali lagi.Course ni course pilihan ayah aku.....cedih sebab apa yang aku nak xdapat.
Tapi itula orang tua-tua cakap perkara yang kita tak suka itulah lama-lama kita akan suka.Yer la aku punya kawan2 yang sama course dengan aku semua sekepala.Lecture aku pun sporting ensem n lawa(bagi markah lebih yer)memang xsalah la course yang aku ambik sekarang.mai cini Aku nk kenal kan korang2 suma dengan member2  kos aku yang memang best la..

Ini member aku merangkap roomates aku.Kami sama course dan yang best lagi jadual kami sama hehe

Yang ni pula chia yi dan chia li depa ni memang kawan yang sporting n happy go lucky kenai depa ni dari semester satu lagi.Banyak kelas sama kumpulan assigment pun sama..best..

meh nak kenalkan..ni aku panggil dia wawa..kami ni memang rapat dari semester 1 lagi..dia ni sekepala ngan aku dia suka buli aku aku suka buli dia hehehe tapi sporting..orang kedah ni..hehe

Nabila..nama yang selalu aku n kengkawan panggil bella..Dia ni orang JB selalu la aku n member Kedah macam Wawa n Wani buli dia..tapi dia tak marah pun hehe memang terbaiklah..ayat yang dia selalu guna ehhhehhh..heheh jgn marah bella.

Okeyh cukupla aku perkenalkan member2 aku dekat U ni.Lepasni bila ada kelapangan aku akan tunjuk pulak kat korang korang semua fasiliti dekat U aku pulak.
Ok...da....bubbye



YABEDABEDOOOOOOO....syiok...

Assalamualaikum...wahai..blogger2..wargh..dah lama kita x bertemu di alam maya ini kan..kan...tak sangka rupanya dapat jugak aku mengupdate blog aku yang cantik lagi buruk ini..ya la...mau tak nya aku ni excited..bagai lagi...dari tadi g dah berbulan aku tak update blog ni..
Korang..korang tau x napa aku menyepi.???e2pun kalo korang sudi nak tahu la..excatly aku start x mengaktifkan blog aku ni bila buka semester baru.aku ingat kat u ni aku boleh la update benda2 baru tapi upanya x..blog telah di block ok..huhuhu.oleh pihak u aku.adoit tensyen jugak masa tu yer la kalo aku kat umh bila boing boing boleh la gak aku update benda2 baru ni tak..bila aku bosan aku xtau nak wat apa.
tapi x aku sangka wahhhhhhhhhhh...rasa nak menjerit....rupnaya blog aku dah boleh dibuka..................warghhhh...macam nak loncat dan menjerit biar semau orang tahu...selamat kembali blog kesayangan aku

Monday, January 31, 2011

Sunyi

Salam..ii..semua sebnarnya malam ni tak terniat nak tulis apa2 pun tapi mata ni bengkak huhuhu bnegkak sebab apa pun entah la..tapi biarlah rahsia.Korang suma macam mana ari ni ok?mesti korang korang suma gembirakan.
Korang pernah dengar x lagu ini..DINGINYA DIMALAM INI.....sapa tau sambung..hehehehe.Aku nak tunjukkan bahwa malam ni cuaca dingin sangat biasala angin timur.
Aku sebenarnya nak minta izin korang suma.Boleh x malam2 sunyi ni aku nak nyanyi satu lagu..tapi aku nyanyi kat corus jer la..sebab takut hujan(hakikatnya bukan takut hujan tpi xingat lirik muahahahah)
Meh aku start nyanyi nah...1..2..3..
oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
menjadi kehidupanku tidak menentu 
keretak gambar di hemaps kaca..
KU MASIH MERINDUIMU
WALAU TIDAK DIJODOHKAN
SURATAN TAKDIR  TELAH MENENTUKANYA
KU MASIH MENCINTAIMU HINGGA KE AKHIR HAYATKU
BIARKU SIMPAN PRASAAN INI KASIH..

da...selamat..malam

Sunday, January 30, 2011

Miss My Small Diary

Assalamualaikum..
Apa khabar u all suma??Lama rasanya mrs azrul x menjenguk blog kesayangan ni.Ermm mesti korang boring kan asal buka blog aku ja masih entry yang sama buka entry ja masih blog yang sama muahahaha.Mesti korang korang semua dah tukar2 entry baru.besh,,nya..xapa t aku nak g wat lawatan kat entry korang.
Excatly aku xtau nak tulis apa untuk entry kali ni.Bukan apa mrs azrul terlalu terkedu n x terkata kata sebab terlalu excited dekat blog ni.Mana x nya dah berapa lama dah xtgok n buat entry baru kat blog ni semenjak aku dah start semester ni..wargh..bnyaknya ..keja aku nak kena wat assigment xsiap g.Walaupun blog ni x secantik blog2 korang korang semua tapi pada aku blog aku ni lah tempat aku senamankan jari jemari aku.
Aku rindu sangat kat blog aku ni..i miss my blog very much.Sementara aku cuti ni boleh la aku isi masa2 terluang aku dengan wat entry2 baru kat blog aku ni.Dalam kepala aku ni adalah beberapa cadangan untuk aku perbaharui blog aku..kalo korang nk tahu rajin2 lah lawat blog aku yer...
.....سالام

Thursday, January 13, 2011

Mari Belajar Bahasa Kedah yang Indah

Assalamualaikum..holehole..yippiiii....pada semua kengkawan bloggers yang sentiasa sporting and happy go lucky.Ni korang semua ni dah makan belum.??korang p la isi perut bagi kenyang2 dulu pas tu mai sambung baca entry aku yang xseberapa baik ni...apa??dah makan..??ok..ok jom meh sambung baca entry aku..
Hari ni dalam sejarah aku nak jadi CIKGU ONLINE untuk ahli2 atau member2 blog aku nih hehehe.Macam manalah aku boleh terniatkan nak ajar bahasa Kedah ni.Sebenarnya aku dok baca entry2 yang aku tulis then aku tgok dalam entry2 aku mesti aku akan selit sedikit bahasa Kedah.Jadi aku pun terlintas nak kongsi dengan korang korang dan korang semua pasal loghrat Kedah.Meh ikuti kelas tueisyen yang x di iktiraf aku nih hehehe..
korang tahu x bahsa Kedah kebanyakannya menggantikan huruf R dengan Q..contoh...: Biar  = Biaq.NI aku nak tunjuk kat korang bahasa2 kedah yang lain pula
gerek = basikal
buah amra = buah kedondong
hang = awak 
mai sini  = datang sini
buah mangga = buah pelam
bertenggek = melepak
tau = tahu
pi = pergi
ketegaq = degil / tak dengar cakap
penyigan = malas /pemalas
hangat = panas
pikiaq = fikir
cemuih = boring / bosan
kute = cubit
getu = cubit (selalu guna untuk kuih)
putaq = pusing (ala macam cita p ramlee msam masam manis..aku putaq kepala hang...muahahahah)
belemoih = serabut atau kotor
longhklak = xsenonoh (tak tau eja)
merenyeh = menggatai / menggedik
dongga = dahi luas
tertomoih = tersembam
gedebab = gemuk / badan berisi
chek = saya
pancoq = air paip
penaboh = pukul
ringbok = pukul
air menet = air botol
rabat = panjat
kona = pusing / belok
habaq = beritahu
awat = kenapa
merket = pasar
tok sah = x payah /jangan
prebek sapu = kereta sapu / kereta sewa
berek polis = kuartes polis
cucuq = cucur
coqkodok = cucur /jemput2 pisang
Ok..thats all for today..kalau ejaan atau maksud aku xbetul tolng perbetulkan yer...wahai orang kedah sekalian alam.Dan x lupa jugak pada sesiapa yang nak tmbah perkataan di persilakan..tulis melalui comment  yer.Insyallah perkataan yang korang korang berikan aku akan siarkan..ilmu kena kongsi kongsi...muahahhaha...k..bubye..

Wednesday, January 12, 2011

Ayuh..kembali ke Universiti Ayuh...

Salam...abg adik akak mak cik pak cik atuk nenek serta saudara sekalian semua.Amboi cam panjang jugak la kan mukadimah aku ni pun muahaahah..Lama tol cendol ni x soksehsokseh kat cini kan.Adoiyai sebut cendol tetiba rasa lapar cendol pula malam2 buta macam ni.Teringat pula aku kat mrs azrul yola ari tu en sayang tu bawa g makan cendol.Fulamak sedap..walaupun cendol tu dihidang dalam bekas polistrin ja tapi dia punya rasa memang terangkat..semangkuk rm2 tapi aku mkn x habis.Mau tk nya pas makan nasi makan cendol pula.Aku la yg ngada2 nk mkn cendol jadi soh la Mrs azrul bw p mkn cendol pula.Makan punya makan sampai x habis..kan x pasal2 kena berletiaq(membebel) dgn mrs azrul  sebab aku paksa dia habiskan cendol aku.Tapi apa2pun aku x nfikan cendol memang sedap.aku ulang sekali lagi memang sedap!!!
Okeyh..kita skip jap cita pasal cendol.La ni aku nk fokus point *alamak cm kedai cermin mata pula hehe* tu..tu..title kat atas tu.korang besa dengar x lagu dalam iklan ayuh kembali ke sekolah ayuh.??so aku ghanti kan dengan ayuh kembali ke universiti ayuh..hahaha.sebagai aku punya title.Jantung aku ni sebenarnya dup dap dup dap bergerak laju macam dengan atlet ambil larian 100 m.Yerla sem baru dah nak mula.Macam2 yang aku fikir sebabnya...Aku kena mula kehidupan baru , di bilik yang baru , bersama kawan baru ,dan subjek2 yang baru...nervouse ooo rasa macam baru masuk jer..ala rasa mcm masa zaman2 sem satu dulu.
Korang nak tahu lagi 2 hari jer sem baru nak buka aku preparation apa pun x wat lagi.muahahahaha..dok nak wat nak wat tapi x wat2 lagi pun.,*penyigan (malas) tol kan anak dara ni*mak aku dok membebel kat aku sebab aku ni jenis last2 minute baru terhegeh-hegeh nak wat sat g ada la barang tu tertinggal barang ni tertinggal.So aku nasihat kan korang supaya jadilah macam aku (berlawanan).
Aku dok menung sorang2 aku dok fikir juga macam manalah sem baru kali ni.Subjek lagi susah2 fuh...very the takut..muahahaah.Pastu sem ni jugak aku baru dapat KO-K/KoKo/Kokurikulum.Member2 len semua dapat sem satu aku sem dua baru dapat.Masa aku sem satu member2 g KO-K ari sabtu aku ari sabtu landing time...nah ambik ko sem dua ko dah dapat KO-Kyana..ko xdak can la nak landing2 time mcam sem satu dulu..mak..ampun....huhuhu.
Nak di jadikan cita *memang aku tengah story ni* korang nak tahu aku dapat KO-K apa sem kali ni..aku dapat PEMBANGUNAN KELUARGA..aku ulang suara PEMBANGUNAN KELUARGA.Patutla masa aku cek dalam portal kod KO-K aku xdak rupanya KO-K yang aku dapat ni (pembangunan keluarga) baru di tubuhkan.Wah pas ni siapa yang ada masalah keluarga ka rumah tangga ka boleh la meh cari aku muahahahmuahah...confirm..masalah bertambah..hehehe.Tapi aku tau pembangunan keluarga...ni mesti best.Sekurang kurang nya aku boleh belajar tentang hal2 kekeluargaan ni..maklumlah...dah besar (dah memang besar pun aku nih) dah nak masuk alam kekeluargaan katakan (adoi..gatainya..nyamuk gigit ..)
Tapi kalau nak tau apa yang akan jadi seterusnya pada kehidupan2 aku di alam sem baru ni..sama2 kita nantikan...wahwah..tunggu dan lihat...(interframe pula aku ni..)..nanti aku story moly lagi nah,.Mata aku dah tersa pedih2 ni.Ini menunjukkan.........................(Isi tempat kosong yer)...
Ok..bubye..bubbye..semua..bloggers2222..n yang bukan bloggers....jugak..


pintu gerbang uum yang sedang menanti kepulanganku...hahahha
picture google images


ok..jap..jap sebelum masuk tido aku ada sedikit pemanis untuk korang
bismikallah..humma..ahya..wa'amud
dengan nama Allah aku hidup dan aku mati
selamat..malam...tidurlah..sayangku..(lirik lagu faizal tahir)

Monday, January 10, 2011

~~COLORCLICKZ 1st Give Away~~

Assalamualikum..iiiii kepada semua bloggers yang tak jemu-jemu singgah & follow milo my blog yang x berapa nak cute ni.Sebagai mukadimah mrs azrul nk ucap thnks a lot pada bloggers2 yang tag mrs azrul dengan macam2 contest n giveaway.Buat masa ni aku nak joint GA yang telah di tag oleh seorang gadis.Siapa??Biar mrs azrul rahsiakan dulu.Ini jer yang aku sempat joint huhuhu sebab sekarang tengah sibuk wat preparation untuk semester baru 14 haribulan ni.Ok berbalik kepada siapa yang telah tag aku ni orang yang aku maksudkan ialah my laling iaitu Mizz Bella yang comey n cute miut tu..apa2 pun sebelum aku nak start aku nak ucap thanks bebanyak pada mizz bella.Seronok sangat mizz bella tag aku..thnks sekali lagi.
GA yang mizz bella tag kat aku lalu aku pun joint ni diberi nama ~~COLORCLIKZ 1st Give Away~~like pelangi gitu sangat colourful hehehe.Tudia.....ini dia GA yang sempat aku joint arini...


Deng..deng..ding..dong..ini dia..GA ni telah dianjurkan oleh blog COLORCLICKZ yang memang warna-warni..
Korang tau kalau korang nk joint GA ni pun xlah susah..senang jer.Tak sampai 5 minit pun (hiperbola tol aku nih..heheh).Meh aku tunjuk kat korang syarat2 untuk joint GA ni..jom follow follow..Ada dua syarat yang telah termaktub.Satu syarat kepada yang dah ada blog satu lagi syarat untuk yang xdak blog.Adil kan hehehe.Jom sama-sama kita baca dan usya syarat-syarat kat bawah ni.Apadia yang dia nak..

Syarat Sah Untuk Para Pari yang Ada Blog

 Blogger

1 -BUAT 1 entry bertajuk "COLORCLICKZ 1st GiveAway 2011"
(sertakan picture di atas ni sekali ye)
2 - JADI follower di blog ni
3 - 'LIKE' fan page facebook ColorClickz 
4 - TAG 3 org kawan ye (nk tag lebih ramai pun boleh boleh je..up to you)
(make sure diorang tahu dorg di'tag k)
5 - LEAVE link penyertaan anda di ruangan comment entry ni
(kalo tidak pihak atasan tak tau korang joint GA ni)

Syarat Sah Untuk Para Pari yang Tiada Blog 

Facebook

1 - 'LIKE'fan page facebook ColorClickz 
2 - SILA share link di bawah di wall fan page ColorClickz
http://colorclickz.blogspot.com/2011/01/colorclickz-1st-giveaway-2011.html
3 - TAG kawan facebook anda minimum 3orang

Korang korang korang nak tau x korang bakal dapat

HADIAH??!

apa hadiahnye??
*
*
*
ini dia?
ade 5 bakal pemenang utk setiap 5 hadiah di bawah
*
*
*
Jeng..jeng..tudia hadiah dia..


2 keychain bear (seorang satu)


1 set pendrive pocket (1 set=2biji)

DAN!!!!!!



2 pasang "couple pendrive/broadband pocket"


PERINGATAN PENTING WAT KORANG KORANG YANG NAK JOINT GA NI!!!!

Tarikh Tutup :

4 FEBRUARI 2011
(Sebarang pindaan akan dimaklumkan letter)

Saya dengan ini nak tag para pari baik hati

1)bananapple
2)akma
3)Dak CoMot
4)diYla jePri

bye..bye..n selamat joint

Saturday, January 8, 2011

Contest Saat Pertama Bersama Si Cinta Hati

Assalamualaikum to all of you..wah..speaking gitu aku nih malam2 buta macam ni.Saja sebenarnya..hehe cuma aku nak gitau la tadi aku buka blog aku ja tetiba aku terpandang satu  warkah.(.wah..bukan main lagi yer) daripada wawa comell.Dia suggest aku masuk contest yang telah dia anjurkan untuk kali ni..thanks wawa comel..Contest ni  unik n sangat cute (macam tuan yang anjur contest ni..wawa)sebab dia ala2 Love Story gitu.Kalau tak percaya cuba tengok tajuk dia 'Contest Saat Pertama Bersama Si Cinta Hati'..sangat cute kan!!!Mudah ja contest ni sebab kita hanya perlu menceritakan saat pertama bersama si cinta hati berdasarkan gambar korang dan pasangan korang.
Oklah..tanpa melengahkan masa mehh..aku tunjuk gambar apa yang aku gunakan untuk contest kali ni.Gambar ni aku jadikan biar nampak ala-ala nostalgia lama supaya nampak lebih suit..(hehehe suit ker..perasan betul aku ni)..Dah bersedia...!!!!Lihat di bawah ini jeng..jeng...
:)A
:)Z
:)R
:)U
:)L
:)Y
:)A
:)N
:)A


Macam video klip lagu dulu-dulu hehehee

Di bawah ini pula beberapa ujian yang perlu aku jawab semasa menyertai contest ini...

*Berapa lamakah anda telah bersama dengan encik chenta hati?
Hubungan ini telah lahir selama 2 Tahun 8 Bulan 4 Minggu & 1 Hari
(11 April 2008-11 April 2011 dah kira 3 tahun)

*Ceritakan saat pertama (gambar)anda bersama encik cinta hati?
Gambar ni gambar masa tahun lepas (2010). Excatly gambar ni gambar FIRST kami celebrate month of anniversary.Pasangan lain sambut anniversary setahun sekali.Yang kami ni sambut tiap bulan tapi dalam tepon la heheh.Bila genap ja tanggal 11 x kisah la bulan apa Januari ka Februarika dan sewaktu denganya kami akan sambut.Nak di jadikan cita sebelum ni tiap2 bulan bila tiba tanggal 11 kami akan ucap melalui telefon.Tapi xsangka pula tanggal 11.11.2010 dia nk wat suprise macam ni.Walaupun hanya sepotong kek tapi sangat bermakna bagi aku sebab kek yang dia bagi adalh kek favourite aku iaitu Moist Strawberi Chocalate Cake.Aku memang terharu sangat.Cuba bayangkanlah tiap2 kali kami sambut year of anniversary dan month anniversary kami masing2 cuma boleh wich melalui telefon dan kirim hadiah melalui pos sebab seorang belajar di utara seorang lagi bekerja di selatan.Dalam hampir 3 tahun ni..kiranya kami dah sambut anniversary of month bersama2 sekali dan anniversary of year sekali.Selebihnya dalam tepon hehehhe..Oleh itu gambar ni lah bukti FIRST TIME sambut anniversary of month heheh dalam keta pulak tu sebab masa tu hujan.Dan satu lagi apa yang buatkan hubungan kami nampak comey cam kikilala adalah  tarikh anniversary of year kami iaitu 11 April adalah sama tarikh dengan hari lahir encik cinta hati iaitu 11 April jugak hehehe.

Anniversary of the year : 11 April 2008
Birthday Mr Azrul (encik cinta hati ) : 11 April 1987
(The most important date)
&
Nama 69 (tunggang terbalik)
AZRUL
ANAYL

*Tagline Mrs Azrul kepada Mr Azrul (Si Cinta Hati)
I NEED YOU ONLY TWO TIME NOW AND FOREVER



Oleh itu dengan riang gembira dan happy-happy ni Mrs Azrul nak tag contest yang cute miut ni kepada member yang sedang bunga-bunga cinta
1)bananapple
2)  syrupmasin
3)yanieyuhuu

sekian...da.....zzzzz 

SheNaBizShop Nak Bagi Hadiah


Assalamualaikum wahai semua blogers yang cun cantik hensem lawa comey ayu kacak dan semua lah
Jom..kita saksikan dibawah ini...n joint together gether..

Wah!!!!dalam sejarah dan buat pertama kalinya Mrs Azrul di tag oleh member
bloggers setelah hampir sebulan page ini wujud.Member bloggers yang comey n baik hati
Mrs Azrul maksudkan ialah aswani (aswani comey cahaya mutiara)
Aswani ajak Mrs Azrul  joint melalui page shena di mana tajuk yang diberikan pun sangat best iaitu SheNaBizShop Nak Bagi Hadiah tambah pula nak joint page ni bukanya susah cuma Like jer kot Fb atau Follow Milo kat blog shena...Mudahkan!!!!
Jadi jom sama-sama kita joint disamping merapatkan ukhwah. kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta.
Sekarang tiba masanya untuk Mrs Azrul tag kepada beberapa rakan blogger...
1)miz bella
2)Mrs Akma
3)iza
4)rinie rudin
5)bee_conan

Pakat mai cini...........n joint....


Wednesday, January 5, 2011

Status Single Berubah Tanpa Kita Sedar


Salam..pagi ni macam biasa tak banyak berubah.Cuaca masih mendung.Dah dua hari keadaan macam ni.Kalau cuaca macam ni tido mesti tak ingat dunia kan..tambah2 korang korang korang.Aku bek sikit (walhal aku sama dengan ja)
Sebagai mukadimah aku saja la nak kongsi2 dengan korang semua pasal sesuatu perkara yang jadi kat kita tanpa kita sedar.Mungkin ada yang dah tahu tapi aku percaya ramai lagi yang tak tahu.Ambil perhatian yer TERUTAMA buat sesiapa yang sekarang ni dah punya calon pilihan hati (wah..ayat..aku).Excatly benda ni aku terbaca dalam satu laman web ni (I LUV ISLAM)lalu aku pun copy paste untuk korang suma baca (kalau korang rajin baca la).Orang kata kita xleh kedekut ilmu huahuahua.Jadi meh sini aku nk kongsi ngan korang.
INI PERKARA YANG DAH JADI TANPA
KITA SEDAR !!!!
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini


Macam kenal jer tangan tapi dimana yerr???suspend n think sebentar

Renung-renungkan dan selamat beramal..
bye..bye



Dapat atau Sekadar Angan-angan Mat Yana

Assalamualaikum ..to all of you.Hahaha title yang pelik lagi unik buatkan aku ketawa sendiri.Aku sebenarnya pelik dengan diri aku n dengan blog aku nih.Korang tau kenapa kalau korang ni jenis yang allert pasal blog aku ni korang tahu la.Dari mula aku start dok membebel dalam blog ni sampai sekarang semua asyik angan2 ja.Post kelmarin pun pasal angan2 gak kali ni pun pasal angan2 gak.Apala nak jadi dengan akuh ni.Tapi pada aku angan2 ni ibarat satu benda yang abstrak dan tersirat.Semua orang ada angan2.Aku rasa ada antara korang korang ni yang jenis berangan cam aku gak.
Apa apa pun korang jangan berangan perkara pelik2 pula.Kalau korang nak berangan berangan perkara yang elok2 ka cam aku nih huahuahua.
DAh hampir seminggu kita jejak kan kaki kita dalam tahun 2011.Mesti berambah tambah tambah harapan cita2 azam angan2 korang korang dan korang (aku sekali sama dengan ja).Aku lau boleh aku harap sangat apa yang dalam fikiran dan angan2 aku ni jadi kenyataan.
Kalau boleh masuk 2011 ni aku nk angan2 aku jadi realiti (walaupun aku tau mungkin sukar sebab semua angan2 aku susah huahuahu).Tapi xleh kata jugak mana la tau kot2 ada rezeki suatu hari nanti angan2 aku jadi realiti depan mata aku.Fuh..best..
Korang korang dan korang nak tahu apa angan2 aku masuk 2011 ni??(xdapat 2011 dapat dua ribu lain pun xpa)ok korang dah sedia..
JENG..JENG...
Inilah angan2 aku.Sapalah nak wat angan2 aku jadi kenyataan....hahaha


First kali lau boleh aku nak melompat macam ni gak bila aku tengok keputusan exam
setiap semester
(tapi banyak main n tido hehehe)


Jeng..jeng jangan gelak tau.. ni angan2 aku num 2 nak dapat lesen keta
(huhuhu baru ada lesen moto umo dh cukup ni)

hehehe ni angan2 aku yang ketiga aku memang fanatik gila dengan camera ni
Sony DSC T90 aku memang nak sangat..
(hahaha adakah aku patut guna duit PTPTN hehehe)


Yang ni harapan dan angan2 aku yang aku harap sangat aku teringin nak
wat photoshoot berkonsepkan fairy tales
(wah..class sapa la nk tangkap gambar aku n ada sapa2 nk sponser..??-kredit by-ellie flcao
photography)


Ni satu g yang aku nak sangat Myvi SE Pink edition
(bila la boleh nak dapat ni..tahun ni??xmungkin kot haha)


Dan yang jadi angan2 jugak saat ni adalah  aku nak beli barang make up keluaran Mac
wah..best kalau dapat semua ni (nampaknya habis
juga duit PT aku nanti..sabar sabar)

ok Just untuk menghilangkan bosan hehehe
inilah persembahan angan2 mat yana
bye..bye..salam











Tuesday, January 4, 2011

Morning..yang Indah

Salam..wat bloggers2 semua.Thanks pada sapa yang singgah follow milo n yang post comment.mf la sebab ada yang yana xsempat balas comment.Ada jugk yang yana x leh follow bukan sebab xnk follow tapi bila nk follow susah sikit sebab ada link yang menutup tempat follow tu.So yana minta sorry sangat2 tp yana akan cuba jugak follow korang korang sumer.
Bangun pagi ni aku rasa segar sangat cuaca xla panas sebab diseluputi awan mendung.mungkin nak hujan agaknya.Tapi apa2 pun morning pagi ni sangat sangat la indah.Pagi2 macam ni perkara pertama yang selalu aku wat pas bangun pagi aku akan pastikan aku buka semua tingkap yang ada dalam bilik aku.Korang tau segar gila bila dapt hidu udara segar.Orang kata udara pagi2 ni boleh wat awek muda tu yang aku dok p sedut udara pagi2 tu huahuahua.
Dalam keadaan cuaca pagi yang indah ni kalo kadang2 berangan syiok gila.Aku teringin dok kat satu kawasan ala2 fairytale gitu.Wahhhhh mesti best kan tangkap gambar pula..bila la nk jadi kenyataan ni..*thinking kejap*.Korang xteringin ka nak jadi ala2 fairytale??Kalau xdapat kawen ala2 fairytale pun dapat merasa pemandangan ala2 fairytale pun ok gak kan..hahahaha (aku ni suka melalut bukan2 kan).
Tapi xsalah kalau kita berngan kadang2 angan2 tu la yang akan jadi kenyataan (erm xmungkin kot hahah)Erm aku xkisah yang penting aku memang suka berangan biarla macam mat jenin pun janji dapat apa yang aku nak walaupun dalam keadaan berangan sekalipun..heheheh


Location : Simpang Empat , Alor Setar

Sayang..sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum wahai blggers bloggers sekalian alam.Menulisnya saya disi adalah (wah..mcam nk masuk pertandingan sajak la pula ko ni yana hehehee) sambung2..untuk menghilangkan rasa boring saya di petang hari yg agak panas cuacanya.Boring gila2 ni xtau nk wat apa Bangun tido mkn tgok tv tido mkn tgok tv..e2la rutin harian aku semenjak menghabiskan cuti semester dirumah (dengan beras2 pun aku habiskan huahuaaaaa)Mr Azrul jangan marah k sebab berat badan dah bertambah *sambil muncungkan mulut dan masam kan muka*.
Aku ni dah pening kepala sangat dah.Kalau orang len pening kepala sebab xcukup tido ka,study sampai tengah malam ka letih wat keja ka tapi aku ni pelik pula aku pening kepala sebab TERLEBIH X WAT KEJA DAN X TAU NAK WAT KEJA APA (statement panas kalau mak aku dengar ni confirm kena berleter..ibu maaf yer).
Dalam pada aku dok boring ni aku tetiba teringat dekat semua orang yang aku sayang (alamak dan pendek umor ka aku ni ???*sambil berfikir dan mencubit-cubit pipi sendiri*)Sebenarnya dalam sedar atau x sedar kalo korang nak tahu sebenarnya keliling kita ni ramai sangat orang yang sayang kita.Cuma kita jer yang xtahu..Cuba kalo kita sedar kata semua orang sayang kita confirm kita rasa diri kita ni dihargai (kadang2 rasa macam artis pun ada kan kan kan).
Tapi andaikanla suatu hari ni korang dapat tahu ramai sangat orang yang syg kat korang korang (termasuk aku..nk interframe jugak) apa korang nak wat?Korang bukan anak orang kaya nak buktikan yang korang sayang mereka (orang yang sayang korang) melalui pemberian harta ka emaska kereta ka n sewaktu denganya lah.Jadi mengikut firasat aku (yang xleh dipakai ni..)Bukti yang kita boleh tunjukan atau hargai orang yang sayang kita adalah melalui hati yang iklas dan tulus (semurni TOP..hahah iklan kejap)dalam menyayangi orang yang sayang diri kita.Orang yang sayang diri kita xyah la nk mengharap balasan yang lebih2 pula kalo mcm tu e2 bukan dikira sayang e2 dikira ambil kesempatan...serupa mcm xiklas lah senang cita.
Lagi satu kadang2 kita ni malulah seganlah nak bagitau yang kita sayang kat semua orang yang menyayangi kita (orang yang xsyg kita pun kita kena syg jugak tau)mulut ni kdg2 tersa mcm ada batu jer,jadi pandai2 lah korang fikir mcm mana cara korang nk gtau yang korang sayang pada semua orang.


cara meluahkan rasa sayang ikot cara yana
to all my family , friend , mylove , & all people

Sebelum nak tutup diari lipat ni terimalah,,,,
marilah semua syg menyayangi
sesama keluarga
syang sesama insan
syangkan guru2 sayang rakan-rakan 
sayang semuanya...

bye...bye..


Sunday, January 2, 2011

Jatuh Cinta dengan Ketenangan

Salam..dah dua hari aku x conteng monteng kat blog aku ni.Bukan apa aku xdak idea nak tulis apa.Aiii korang semua macam mana sambut tahun baru?dah catat dan buat senarai ka azam baru korang tahun ni?Aku tau mesti panjang berjela punya.Setiap kali masuk tahun baru jer ader ja azam baru yang nk ditimbulkan nak buat itu lah ini lah tapi kadang2 satu azam tu pun xmenjadi (sama dengan jer dengan orang yang tulis ni).
Ok lah xpayah nak dipanjang-panjangkan cita.Cuba korang baca title entry aku untuk kali ni betul2.'Bercinta dengan Ketenangan'.Apa yek ketenangan yang disebut-sebut tu?Biar korang fikir lah sendiri.
Setiap orang mcm2 cara dia buat untuk cari ketenangan dalam diri dan hidupnya.Orang kata rambut sama hitam hati lain2 (walaupun ada yang rambut warna perang.pink dan sewaktu denganya).Ada setengah orang dia akan cari ketenangan melalui tontonan video , kuar dengan rakan , g melancong dan banyak lagi lah.Manusia ni akan sanggup buat apa saja asalkan ketenangan yangdia perlukan dapat.E2 la kadang2 nk cri ketengan pun pelik2 tak faham aku dengan manusia ni.Tapi apa pun yang paling penting asalkan korang korang suma happy dengan ketenangan yang korang cari selama ni.


 ketenangan yang aku inginkan xdapat digambarkan melalui kata2.Inilah ketenangan yang aku harapkan



memang jatuh cinta sangat kalau dapat tempat tenang macam ni rasa semua masalah selesai
Location : Simpang Empat , Alor Setar

ok bubbye..bubye..nak tido..zzzzzzzz